Wednesday, 3 August 2011
Ramadhan menjelma lagi...
Alhamdulillah..tahun ini diberi kesempatan lagi untuk menjalani ibadah puasa...murid-murid PPKI juga tidak terkecuali dari berpuasa (murid yg high function)..semoga anak2 murid cikgu berjaya berpuasa hingga ke hujung Ramadhan...Amin!
Saturday, 30 July 2011
Saturday, 23 July 2011
Keperluan Terapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas
oleh
DR. HAJJAH YASMIN BINTI HUSSAIN
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.
Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi.
Keperluan Terapi
Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran.
“Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal”
(Kamus Perubatan Mosley, 2001)
Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan daya pengamatan murid-murid, meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).
Terapi-terapi yang boleh dilaksanakan ialah:
i) terapi fisio
ii) terapi kuda
iii) terapi cara kerja
iv) terapi pertuturan
v) terapi muzik dan pergerakan kreatif
vi) terapi seni
vii) terapi air/hidro
viii) terapi pasir
ix) terapi main
x) terapi alternatif
Contoh
Seorang kanak-kanak sindrom down yang mempunyai masalah pergerakan serta mempunyai masalah pertuturan dan pengamatan.
Aktiviti terapi:
Terapi motor kasar – berjalan, berlari, gallop dan lompat di garisan lurus, di garisan bengkok dan menggunakan alatan seperti bangku.
Terapi pengamatan (visual, auditori dan tactile) – melihat gambar bertindih, mencari benda tersembunyi dalam gambar, membeza bunyi-bunyian dan menyentuh/merasa jenis permukaan
Terapi motor halus – memegang pensel dan menconteng atas kertas
Terapi kuda – menunggang kuda serta membetul postur badan dan perkembangan emosi.
Terapi pasir – meramas pasir, menconteng atas pasir, bermain dengan pasir untuk kemahiran motor halus.
Terapi air – bermain dengan bola dalam air bagi pengukuhan pergerakan dan perkembangan otot.
Pada kesimpulannya, guru-guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah atau di luar premis sekolah secara kumpulan atau individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.
Wednesday, 20 July 2011
SEJARAH PENDIDIKAN KHAS S.K. TAMAN PERMATA
Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) mula dibuka pada 3 Januari 2008 dengan jumlah 1 kelas, 1 pelajar ,2 guru dan 1 PPM.Namun begitu, pada tahun 2009 belajar telah bertambah seramai 16 pelajar dan 4 kelas. Pada 2010 pelajar telah bertambah seramai 20 pelajar dengan bilangan 4 kelas. Pada tahun 2011 program ini telah mempunyai 5 kelas dengan 34 pelajar dan 8 guru Pendidikan Khas dan seorang Guru Agama bersama 3 PPM. Program ini juga telah mendapat seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas mulai 1 April 2011.
Visi , Misi, Matlamat dan Piagam Pelanggan PPKI Permata
VISI PPKI SK TAMAN PERMATA
“ Ke arah Menjadi
Sebuah Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi Yang Terbaik 2014”
Melambangkan harapan dan cita-cita
seluruh warga
PPKI SK Taman Permata
yang akan berusaha secara bersungguh-sungguh dan berterusan memberi komitmen yang tinggi dalam semua aspek yang diperlukan.
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas ke arah memaksimumkan kecemerlangan hidup selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.dengan mampu berdikari
MISI PPKI S.K. TAMAN PERMATA
Menyediakan program pendidikan yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas . Membimbing dan membentuk pelajar yang mampu berdikari serta dapat bergaul dengan keluarga, masyarakat dan negara.
Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan relevan kepada setiap orang pelajar berkeperluan khas.
Memberikan pelajar peluang bersosial (berkomunikasi dengan orang ramai di sekeliling mereka dari segenap peringkat umur).
Memastikan tenaga pengajar yang terlatih, mencukupi dan fleksible dalam bidang pendidikan khas.
Menyediakan peluang dan pelbagai kemudahan pendidikan untuk pelajar dengan kperluan khas bagi memudahkan pemahaman.
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian mencukupi dan terkini.
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas.
MATLAMAT PPKI S.K.TAMAN PERMATA
Melahirkan pelajar-pelajar berkeperluan khas
yang terbaik
dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka
mencapai perkembangan dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika
dan sosial agar mereka boleh
menjadi ahli masyarakat
yang berguna dan berdikari.
PIAGAM PELANGGAN PPKI
SK TAMAN PERMATA
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi membentuk murid-murid ke arah bersikap positif, inovatif dan kreatif.
Mengamalkan sikap budaya penyayang dan mesra kepada semua pelanggan tanpa mengira bangsa dan agama.
Menjalinkan hubungan yang akrab & mesra antara ibubapa,guru,murid dan pekerja yang menjayakan aktiviti pendidikan.
Sentiasa mengamalkan sikap penyayang, berdisiplin, berfikiran terbuka dan melaksanakan tugas secara berpasukan.

Tuesday, 19 April 2011
Friday, 15 April 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)